Nuffnang

|home|

Tuesday, 28 February 2012

Antara takut, berserah, cinta, rindu atau malu kepada Allah swt...

Bismillahirahmaanirahim...
Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw telah bersabda "Iman umat akhir zaman ini turun dan naik. Pagi mereka beriman, malam mereka kufur kepada Allah swt atau malam mereka beriman, pagi mereka kufur kepada Allah swt." Maksud kufur disini, kita tidak menggunakan nikmat yang Allah swt telah berikan kepada kita ke arah kebaikan. Sebagai contoh, Allah swt memberi tenaga yang banyak kepada kita untuk menyenangkan kita melakukan tugasan harian, tetapi kita telah menyalah gunakan tenaga yang telah diberikan oleh Allah swt untuk mencuri sesuatu benda yang bukan milik kita. Iman manusia pada hari ini terumbang- ambing dan kita tidak tahu sejauh manakah tingkatan iman yang ada dalam dir kita. Disini saya ingin berkongsi sedikit satu ceramah yang disampaikan oleh penceramah Indonesia berkaitan dengan tingkatan- tingkatan iman dalam diri seseorang manusia.



Tingkatan iman yang pertama adalah kita berasa takut kepada Allah swt. Jika di dunia ini, kita berasa takut akan kemiskinan, takut akan sakit, takut akan kematian, takut dibunuh orang. Kita sentiasa takut. Sedangkan kesemua benda yang kita takuti itu masih belum datang kepada kita. Perkara itu semua adalah berkaitan dengan dunia. Perkara- perkara yang berkaitan dengan alam akhirat pula, kita berasa takut dengan dosa- dosa yang telah kita lakukan, takut jika amalan- amalan yang telah kita lakukan tidak diterima Allah swt, takut dengan azab kubur Allah swt, takut dengan neraka Allah swt atau takut kepada semua benda yang berkaitan dengan alam akhirat. Sudahkah kita mempunyai perasaan- perasaan seperti itu?Jika kita sudah mempunyai perasaan- perasaan seperti ini bermakna kita berada di tingkatan iman yang pertama iaitu takut kepada Allah swt.

Tingkatan iman yang kedua adalah kita berserah kepada Allah swt. Kebiasaanya berserah ini akan didahului dengan usaha yang gigih. Sebagai contoh, kita memelihara dan membesarkan sepasang lembu dan kita berharap lembu itu akan melahirkan sesekor anak lembu setiap tahun. Itu dipanggil berserah kerana ia memadai dengan usaha yang telah dilakukan. Tetapi jika kita berharap 2 ekor lembu itu untuk menghasilkan 40 ekor anak lembu dalam setahun, itu tidak dipanggil berharap tetapi dipanggil angan- angan...Begitu juga berkaitan dengan akhirat. Jika kita mahukan syurga Allah swt, kita perlu berusaha dengan gigih untuk mendapatkannya kerana kita tahu syurga itu tidak boleh dibeli dengn emas permata tetapi hanya boleh dibeli dengan amalan- amalan yang baik.. Untuk mendapatkannya, kita tidak meninggalkan perkara- perkara wajib dan kita sentiasa memperbanyakkan amalan- amalan sunat dan barulah dipanggil berserah kepada Allah swt. 

Tingkatan iman yang ketiga adalah cinta kepada Allah swt. Maksud cinta disini adalah "Condong" dan maksud condong adalah memberatkan diri kita kepda seseorang. Sebagai contoh, di dalam sebuah kelas ada 30 orang pelajar perempuan tetapi hati seorang lelaki bernama Amar ini hanya condong kepada seorang perempuan sahaja iaitu Aishah. Setelah beberapa tahun, mereka berjaya mendirikan sebuah rumah tangga yang baik. Apabila mereka berkahwin,  Amar sepatutnya berhak mendapat layanan, kasih sayang dan kehormatan daripada Aishah. Tetapi perkara ini tidak berlaku kerana kebelakangan ini kerana Aishah telah jatuh sakit. Aishah tidak dapat memberikan layanan, kasih sayang dan kehormatan kepada Amar bahkan Amar telah menggugurkan haknya dengan melayan dan memberi kasih sayang kepada Aishah sepenuh jiwa raganya. Itu tandanya Amar sangat mencintai isterinya Aishah...Apabila kita mencintai Allah swt, kita juga menggugurkan hak yang sepatutnya kita dapat daripada Allah swt. Sebagai contoh, Allah memberikan kita kerehatan di waktu malam. Kita sepatutnya tidur ditengah malam untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang tetapi kita tidak tidur. Kita bertahjud di waktu malam dan telah menggugurkan hak tidur kita. Itulah dinamakan cinta kepada Allah swt.

Tingkatan iman yang keempat adalah rindu kepada Allah swt. Apakah maksud rindu? Maksud rindu adalah "Ingin berjumpa". Seorang suami yang tinggal jauh dan sudah lama tidak berjumpa dengan isterinya, pasti perasaan rindu itu akan membuak- buak dihatinya. Kemudain dia telah menelefon isterinya dan setelah satu jam berbual berbual, perasaan rindu itu masih belum hilang kerana perasaan rindu itu hanya boleh hilang dengan berjumpa isterinya itu. Begitu juga jika seseorang merindui Allah swt. Seseorang itu sudah tidak inginkan dunia lagi malah dia menyalahkan dunia kerana telah melambatkannya berjumpa dengan zat Allah swt. Adakah kita sudah membenci dunia?Jika sudah bermakna kita berada di tingkatan iman yang keempat.

Tingkatan iman yang kelima dan paling tinggi adalah malu kepada Allah swt. Maksud malu disini adalah "Berasa kurang". Sebagai contoh, kita telah belajar dengan bersungguh- sungguh dan telah ditempatkan didalam sebuah kelas yang pelajar- pelajarnya sangat hebat dalam matematik. Tetapi kita tidak mempunyai kehebatan dalam matematik dan menyebabkan kita berasa malu atau kurang berada didalam kelas tersebuat. Bila kita berasa malu dengan Allah swt? Apabila kita sentiasa melakukan ibadah yang tersangat banyak dan melakukan semua perkara yang disukai oleh Allah swt, tetapi kita masih berasa kurang dengan amalan- amalan yang telah kita lakukan, itu dikatakan malu dengan Allah swt...

Jadi itu semua 5 tingkatan iman yang ada dalam diri manusia. Adakah kita telah berada di tingkatan yang pertama? tingkatan kedua? atau di tingkatan yang kelima? Itu hanya saudara saudari dan Allah swt sahaja yang tahu. Apa yang pasti kita perlu sentiasa melakukan sesuatu perkara yang boleh menyukakan Allah swt dan meninggalkan segala perkara yang menimbulkan kemurkaannya terhadap kita. Disini juga saya ingin memohon maaf jika penulisan dan penjelasan saya ini agak mengelirukan kalian semua. Insyaallah saya akan memberikan penjelasan atau huraian yang lebih baik di hari mendatang...

Jazakallah....


2 comments:

From Me to WE said...

SubhaanAllah, well said. Keep it up!

ihsan said...

orite bro..=)