Nuffnang

|home|

Tuesday 28 February 2012

Antara takut, berserah, cinta, rindu atau malu kepada Allah swt...

Bismillahirahmaanirahim...
Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw telah bersabda "Iman umat akhir zaman ini turun dan naik. Pagi mereka beriman, malam mereka kufur kepada Allah swt atau malam mereka beriman, pagi mereka kufur kepada Allah swt." Maksud kufur disini, kita tidak menggunakan nikmat yang Allah swt telah berikan kepada kita ke arah kebaikan. Sebagai contoh, Allah swt memberi tenaga yang banyak kepada kita untuk menyenangkan kita melakukan tugasan harian, tetapi kita telah menyalah gunakan tenaga yang telah diberikan oleh Allah swt untuk mencuri sesuatu benda yang bukan milik kita. Iman manusia pada hari ini terumbang- ambing dan kita tidak tahu sejauh manakah tingkatan iman yang ada dalam dir kita. Disini saya ingin berkongsi sedikit satu ceramah yang disampaikan oleh penceramah Indonesia berkaitan dengan tingkatan- tingkatan iman dalam diri seseorang manusia.



Tingkatan iman yang pertama adalah kita berasa takut kepada Allah swt. Jika di dunia ini, kita berasa takut akan kemiskinan, takut akan sakit, takut akan kematian, takut dibunuh orang. Kita sentiasa takut. Sedangkan kesemua benda yang kita takuti itu masih belum datang kepada kita. Perkara itu semua adalah berkaitan dengan dunia. Perkara- perkara yang berkaitan dengan alam akhirat pula, kita berasa takut dengan dosa- dosa yang telah kita lakukan, takut jika amalan- amalan yang telah kita lakukan tidak diterima Allah swt, takut dengan azab kubur Allah swt, takut dengan neraka Allah swt atau takut kepada semua benda yang berkaitan dengan alam akhirat. Sudahkah kita mempunyai perasaan- perasaan seperti itu?Jika kita sudah mempunyai perasaan- perasaan seperti ini bermakna kita berada di tingkatan iman yang pertama iaitu takut kepada Allah swt.

Tingkatan iman yang kedua adalah kita berserah kepada Allah swt. Kebiasaanya berserah ini akan didahului dengan usaha yang gigih. Sebagai contoh, kita memelihara dan membesarkan sepasang lembu dan kita berharap lembu itu akan melahirkan sesekor anak lembu setiap tahun. Itu dipanggil berserah kerana ia memadai dengan usaha yang telah dilakukan. Tetapi jika kita berharap 2 ekor lembu itu untuk menghasilkan 40 ekor anak lembu dalam setahun, itu tidak dipanggil berharap tetapi dipanggil angan- angan...Begitu juga berkaitan dengan akhirat. Jika kita mahukan syurga Allah swt, kita perlu berusaha dengan gigih untuk mendapatkannya kerana kita tahu syurga itu tidak boleh dibeli dengn emas permata tetapi hanya boleh dibeli dengan amalan- amalan yang baik.. Untuk mendapatkannya, kita tidak meninggalkan perkara- perkara wajib dan kita sentiasa memperbanyakkan amalan- amalan sunat dan barulah dipanggil berserah kepada Allah swt. 

Tingkatan iman yang ketiga adalah cinta kepada Allah swt. Maksud cinta disini adalah "Condong" dan maksud condong adalah memberatkan diri kita kepda seseorang. Sebagai contoh, di dalam sebuah kelas ada 30 orang pelajar perempuan tetapi hati seorang lelaki bernama Amar ini hanya condong kepada seorang perempuan sahaja iaitu Aishah. Setelah beberapa tahun, mereka berjaya mendirikan sebuah rumah tangga yang baik. Apabila mereka berkahwin,  Amar sepatutnya berhak mendapat layanan, kasih sayang dan kehormatan daripada Aishah. Tetapi perkara ini tidak berlaku kerana kebelakangan ini kerana Aishah telah jatuh sakit. Aishah tidak dapat memberikan layanan, kasih sayang dan kehormatan kepada Amar bahkan Amar telah menggugurkan haknya dengan melayan dan memberi kasih sayang kepada Aishah sepenuh jiwa raganya. Itu tandanya Amar sangat mencintai isterinya Aishah...Apabila kita mencintai Allah swt, kita juga menggugurkan hak yang sepatutnya kita dapat daripada Allah swt. Sebagai contoh, Allah memberikan kita kerehatan di waktu malam. Kita sepatutnya tidur ditengah malam untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang tetapi kita tidak tidur. Kita bertahjud di waktu malam dan telah menggugurkan hak tidur kita. Itulah dinamakan cinta kepada Allah swt.

Tingkatan iman yang keempat adalah rindu kepada Allah swt. Apakah maksud rindu? Maksud rindu adalah "Ingin berjumpa". Seorang suami yang tinggal jauh dan sudah lama tidak berjumpa dengan isterinya, pasti perasaan rindu itu akan membuak- buak dihatinya. Kemudain dia telah menelefon isterinya dan setelah satu jam berbual berbual, perasaan rindu itu masih belum hilang kerana perasaan rindu itu hanya boleh hilang dengan berjumpa isterinya itu. Begitu juga jika seseorang merindui Allah swt. Seseorang itu sudah tidak inginkan dunia lagi malah dia menyalahkan dunia kerana telah melambatkannya berjumpa dengan zat Allah swt. Adakah kita sudah membenci dunia?Jika sudah bermakna kita berada di tingkatan iman yang keempat.

Tingkatan iman yang kelima dan paling tinggi adalah malu kepada Allah swt. Maksud malu disini adalah "Berasa kurang". Sebagai contoh, kita telah belajar dengan bersungguh- sungguh dan telah ditempatkan didalam sebuah kelas yang pelajar- pelajarnya sangat hebat dalam matematik. Tetapi kita tidak mempunyai kehebatan dalam matematik dan menyebabkan kita berasa malu atau kurang berada didalam kelas tersebuat. Bila kita berasa malu dengan Allah swt? Apabila kita sentiasa melakukan ibadah yang tersangat banyak dan melakukan semua perkara yang disukai oleh Allah swt, tetapi kita masih berasa kurang dengan amalan- amalan yang telah kita lakukan, itu dikatakan malu dengan Allah swt...

Jadi itu semua 5 tingkatan iman yang ada dalam diri manusia. Adakah kita telah berada di tingkatan yang pertama? tingkatan kedua? atau di tingkatan yang kelima? Itu hanya saudara saudari dan Allah swt sahaja yang tahu. Apa yang pasti kita perlu sentiasa melakukan sesuatu perkara yang boleh menyukakan Allah swt dan meninggalkan segala perkara yang menimbulkan kemurkaannya terhadap kita. Disini juga saya ingin memohon maaf jika penulisan dan penjelasan saya ini agak mengelirukan kalian semua. Insyaallah saya akan memberikan penjelasan atau huraian yang lebih baik di hari mendatang...

Jazakallah....


Thursday 23 February 2012

Perisaikan Iman Kita

Iman merupakan suatu perkataan yg selalu disebut-sebut atau diulang-ulang dalam sesuatu majlis agama. Mengapa para penceramah selalu menyebut atau mengulang- ulang perkataan Iman? Ini kerana mereka tahu betapa pentingnya iman dalam setiap diri manusia. Maksud iman disini ialah ikatan tauhid yang kukuh,teguh dan kuat sehingga memantapkan keyakinan seseorang terhadapa Allah swt, para malaikanya, kitab-kitabnya, para rasulnya, hari akhirat dan keyakinan penentuan qada dan qadarnya, sama ada yang baik atau buruk semuanya datang daripada Allah swt...

Kita perlu sentiasa berasa risau dengan iman yang ada dalam diri kita kerana bukan diri kita sahaja yang tahu betapa bernilai dan pentingnya nilai iman itu. Antara yang tahu betapa penting dan bernilainya iman itu ialah syaitan- syaitan laknatullah dan mereka akan sentiasa cuba untuk mencuri iman- iman yang ada dalam setiap diri manusia. Syaitan ini merupakan makhluk Allah yang sangat hebat dan sebelum mereka dilaknat Allah swt, amal ibadat mereka tidak ternilai kuatnya. Sebelum bumi ini dikuasai oleh kehidupan manusia, bumi ini dikuasai oleh jin- jin. Mereka ini suka bertumpahan darah sesama sendiri, berperang, merosakkan bumi dan sebagainya. Lalu Allah swt telah menghantar satu pasukan tentera malaikat yang diketuai oleh syaitan untuk menghapuskan jin- jin dan menghalau mereka ke seluruh pelusuk dunia. Lalu Allah swt telah jadikan manusia untuk menggantikan tempat yang telah ditinggalkan oleh jin- jin. Ketikamana Allah swt telah menyiapkan manusia pertama iaitu Adam as dalam bentuk tanah dan masih belum ditiupkan roh, Allah memanggil syaitan untuk melihat keadaan jasad tersebut. Lalu syaitan pun masuk ke dalam badan Adam as dan bergerak ke setiap penjuru badan Adam as. Setelah syaitan keluar, dia berkata makhluk ciptaan Allah swt ini tidak hebat kerana ia dipenuhi dengan rongga- rongga dan manusia memerlukan sesuatu untuk memenuhi rongga- rongga. Sebagai contoh, perut manusia adalah suatu benda yang berongga. Jadi, manusia memerlukan makanan atau minuman untuk memenuhkan rongga tersebut. Paru- paru manusia juga suatu benda yang berongga dan manusia memerlukan oksigen untuk memenuhkan rongga tersebut. Jika rongga- rongga tersebut tidak dipenuhkan, mudarat mungkin menanti manusia. Oleh itu, syaitan yakin mereka lebih hebat daripada ciptaan terbaru Allah swt itu. Banyak lagi kehebatan yang ada pada mereka dan ada beberapa kehebatan mereka yang masih kekal dalam diri mereka sehingga kini.



Syaitan ini, kalau difikirkan kekuatan yang ada padanya, boleh sahaja mereka mencuri emas- emas, berlian, duit- duit, iPhone 4, DSLR camera, kereta ferarri atau apa sahaja benda bernilai di dunia ini. Tapi mereka langsung tidak menghiraukan benda- benda tersebut sedang manusia ini gila akan benda- benda tersebut. Benda yang paling mereka ingin mencuri adalah iman kita dan mereka akan pastikan manusia pergi menghadap Allah swt tanpa membawa iman walau sebesar zarah. Jika kita membawa iman walau sebesar zarah pun, Allah swt akan ganjarkan syurga yang sepuluh kali besar saiznya daripada dunia ini. Jadi setiap hari, syaitan akan bermesyuarat ditengah- tengah lautan untuk memikirkan bagaimanakah cara untuk mencuri iman- iman yang ada dalam setiap diri manusia.

Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda, "Perbaharuilah iman kamu..". Jadi kita perlu sentiasa memperbaharui iman kita. Sebagai contoh, satu kolam air yang tidak mempunyai aliran keluar dan masuk, suatu hari nanti pasti dan pasti air di dalam kolam itu akan menjadi kotor dan busuk. Sedangkan kolam air yang mempunyai aliran keluar dan masuk, pasti air itu akan sentiasa bersih dan tidak busuk. Begitu juga dengan manusia, jika kita tidak memperbaharui iman kita, suatu hari nanti pasti dan pasti iman kita akan rosak dan jika kita sentiasa memperbaharui iman kita, insyaallah iman kita akan berada dalam keadaan baik.

Antara perkara yang boleh mempertingkatkan atau memperbaharui iman kita ialah kita perlu sentiasa tengok, cakap dan berfikir tentang kebesaran Allah swt dan kebesaran Allah swt tersangat lah banyak. Sebagai contoh, kita melihat akan sebuah gunung yang terpacak di hadapan mata kita dan kita memuji- muji akan kehebatan yang Allah cipta itu serta berfikir kenapakah Allah menjadikan gunung- gunung di bumi ini...Sebenarnya banyak lagi ciptaan Allah yg boleh kita besarkan antaranya sungai- sungai, lautan- lautan, bulan dan matahari, pokok- pokok dan banyak lagi. Tetapi, manusia hari ini sangat  susah untuk tengok, cakap dan fikir tentang kebesaran Allah swt. Kebiasaannya kita akan cakap tentang pelajaran, sukan, kekayaan dan banyak lagi. Kalau jumpa sahabat-sahabat mesti topik perbualannya:



  • Roy: Eh,Mat!!!Lama tak nampak?Kerja kat man skarang?
  • Mat: Kat Hospital Klang...Kamu dah kerja?
  • Roy: Belum lagi la...baru masuk final year...
  • Mat: La...lambatnya...aku da nak masuk anak dua...Malam ni pegi tengok bola tak?
  • Roy: Mesti la...anak jantan...takkan x pegi tengok!!!

Selalu cakap tentang dunia. Kan bagus kalau:



  • Roy: Assalamualaikum mat. Sihat? Cantikkan langit hari ni...
  • Mat: Alhamdulillah...sihat...subhanallah...langit hari ini memang sangat cantik...
  • Roy: Macam mana langit boleh tergantung kat situ ya sedang ia tidak bertiang atau bertali??
  • Mat: Itu Allah swt sahaja yang tahu...
  • Roy: Sungguh hebat ciptaan Allah swt...Sememangnya Allah swt maha pencipta... 



Perbualan diatas hanyalah contoh. Tetapi dalam realiti, kalau saya berjumpa dengan sahabat- sahabat yang meminati bola, insyaAllah daripada pukul 8 malam hingga 12 malam tu baru muqaddimah pasal bola...Penutupnya mungkin selepas habis solat subuh...=)

Sebagai penutup, jangan kita berasa selasa dengan keadaan kita sekarang dan sentiasalah kita berasa risau dengan iman yang ada pada diri kita ini. Jangan kita juga berasa sombong dengan orang- orang masih belum mendapat hidayah daripada Allah swt kerana Allah swt bila- bila masa sahaja boleh mencabut hidayah daripada kita. Mungkin malam ini, esok, minggu depan atau semasa kita diambang kematian...Seseorang yang mati tanpa iman, tempatnya adalah neraka selama- lamanya..Semoga di akhir kalam kita nanti, dapat kita mengucap kalimah syahadah dan pergi meninggalkan dunia yang keji ini dengan iman kerana dengan iman, apa yang menanti kita diakhirat nanti tersangat besar nikmatnya...

jazakallah...

Tuesday 21 February 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah....
Pertama kali...saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana telah meminjamkn sedikit masa dan idea kepada saya untuk membuat blog yang serba kekurangan ini...

Keinginan untuk membuat blog ini telah agak lama saya pendam sebenarnya tetapi saya perlu mempertimbangkan beberapa hal untuk dijawab terlebih dahulu...Antaranya,saya sangat bimbang jika saya akan menyalahgunakan laman blog yang akan dibuat nanti....Bilamana sesuatu yang tidak disukai oleh Allah swt ditulis dalam laman ini, ia boleh menjadi penghalang kepada saya untuk mencium bau syurga Allah swt...Tetapi saya cuba berfikir kearah yang lebih baik "Jika aku menulis perkara-perkara yg boleh memberi manfaat kepada manusia, ia boleh memberi pahala yg sangat banyak kepada aku dan ia juga akan menjadi saham yang agak bernilai bilamana saya diambil kembali oleh Allah swt daripada dunia yang kecil ini..."

Hari ini..ketikamana saya bersendirian dirumah, timbul idea untuk membuat blog ini dan saya bertekad untuk membuatnya hari ini juga...Bila kita berseorangan, pasti dan pasti pelbagai idea yang akan timbul...Ia mungkin idea yg berteraskan daripada nafsu atau daripada akal dan hati yang suci...Bagi saya, saya memang tidak menyukai kehidupan berseorangan kerana bilamana seseorang manusia yang tinggal berseorangan, hatinya sangat mudah dikuasai syaitan...sebagai contoh,seekor biri-biri yang terpisah daripada kumpulannya sangat mudah menjadi mangsa kepada serigala tetapi jika ia bersama-sama dengan kumpulannya, sukar bagi serigala itu meratahnya...Jadi, kebiasaannya...Kehidupan saya ini sentiasa dikelilingi dengan sahabat-sahabat saya yang sangat baik dan saya mana mungkin dapat hidup tanpa sahabat-sahabat saya...Saya akan cuba menjaga setiap sahabat saya dengn baik kerana saya akan sentiasa berada dalam kesedihan walau kehilangan seorang sahabat...

Insyaallah...Dalam blog ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang pengalaman-pengalaman saya, minat saya, hal-hal yang berkait dengan agama dan mungkin tentang keadaan dunia sekarang...Sahabat sekalian  juga boleh memberi cadangan dan nasihat kepada saya...Saya masih baru dalam bidang ini dan memerlukan bimbingan daripada sahabat semua...

Saya ada terbaca penulisan daripada blog sahabat saya dan saya tertarik dengan penulissan itu...Post pertama yang ditulisnya adalah "Pelayaran Bermula..."...Jadi, disini saya pun telah memulakan pelayaran saya...Mungkin pelayaran saya ini agak perlahan, tersekat- sekat atau mungkin tenggelam sama sekali...Saya perlu menyediakan bekalan yang banyak untuk memastikan pelayaran saya ini lancar dan dapat pergi ke tempat yang jauh- jauh....Semoga apa yang akan saya tulis nanti akan memberi manfaat kepada saya dan kepada sahabat- sahabat yang lain...
Jazakallah...=)