Nuffnang

Thursday, 23 February 2012

Perisaikan Iman Kita

Iman merupakan suatu perkataan yg selalu disebut-sebut atau diulang-ulang dalam sesuatu majlis agama. Mengapa para penceramah selalu menyebut atau mengulang- ulang perkataan Iman? Ini kerana mereka tahu betapa pentingnya iman dalam setiap diri manusia. Maksud iman disini ialah ikatan tauhid yang kukuh,teguh dan kuat sehingga memantapkan keyakinan seseorang terhadapa Allah swt, para malaikanya, kitab-kitabnya, para rasulnya, hari akhirat dan keyakinan penentuan qada dan qadarnya, sama ada yang baik atau buruk semuanya datang daripada Allah swt...

Kita perlu sentiasa berasa risau dengan iman yang ada dalam diri kita kerana bukan diri kita sahaja yang tahu betapa bernilai dan pentingnya nilai iman itu. Antara yang tahu betapa penting dan bernilainya iman itu ialah syaitan- syaitan laknatullah dan mereka akan sentiasa cuba untuk mencuri iman- iman yang ada dalam setiap diri manusia. Syaitan ini merupakan makhluk Allah yang sangat hebat dan sebelum mereka dilaknat Allah swt, amal ibadat mereka tidak ternilai kuatnya. Sebelum bumi ini dikuasai oleh kehidupan manusia, bumi ini dikuasai oleh jin- jin. Mereka ini suka bertumpahan darah sesama sendiri, berperang, merosakkan bumi dan sebagainya. Lalu Allah swt telah menghantar satu pasukan tentera malaikat yang diketuai oleh syaitan untuk menghapuskan jin- jin dan menghalau mereka ke seluruh pelusuk dunia. Lalu Allah swt telah jadikan manusia untuk menggantikan tempat yang telah ditinggalkan oleh jin- jin. Ketikamana Allah swt telah menyiapkan manusia pertama iaitu Adam as dalam bentuk tanah dan masih belum ditiupkan roh, Allah memanggil syaitan untuk melihat keadaan jasad tersebut. Lalu syaitan pun masuk ke dalam badan Adam as dan bergerak ke setiap penjuru badan Adam as. Setelah syaitan keluar, dia berkata makhluk ciptaan Allah swt ini tidak hebat kerana ia dipenuhi dengan rongga- rongga dan manusia memerlukan sesuatu untuk memenuhi rongga- rongga. Sebagai contoh, perut manusia adalah suatu benda yang berongga. Jadi, manusia memerlukan makanan atau minuman untuk memenuhkan rongga tersebut. Paru- paru manusia juga suatu benda yang berongga dan manusia memerlukan oksigen untuk memenuhkan rongga tersebut. Jika rongga- rongga tersebut tidak dipenuhkan, mudarat mungkin menanti manusia. Oleh itu, syaitan yakin mereka lebih hebat daripada ciptaan terbaru Allah swt itu. Banyak lagi kehebatan yang ada pada mereka dan ada beberapa kehebatan mereka yang masih kekal dalam diri mereka sehingga kini.



Syaitan ini, kalau difikirkan kekuatan yang ada padanya, boleh sahaja mereka mencuri emas- emas, berlian, duit- duit, iPhone 4, DSLR camera, kereta ferarri atau apa sahaja benda bernilai di dunia ini. Tapi mereka langsung tidak menghiraukan benda- benda tersebut sedang manusia ini gila akan benda- benda tersebut. Benda yang paling mereka ingin mencuri adalah iman kita dan mereka akan pastikan manusia pergi menghadap Allah swt tanpa membawa iman walau sebesar zarah. Jika kita membawa iman walau sebesar zarah pun, Allah swt akan ganjarkan syurga yang sepuluh kali besar saiznya daripada dunia ini. Jadi setiap hari, syaitan akan bermesyuarat ditengah- tengah lautan untuk memikirkan bagaimanakah cara untuk mencuri iman- iman yang ada dalam setiap diri manusia.

Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda, "Perbaharuilah iman kamu..". Jadi kita perlu sentiasa memperbaharui iman kita. Sebagai contoh, satu kolam air yang tidak mempunyai aliran keluar dan masuk, suatu hari nanti pasti dan pasti air di dalam kolam itu akan menjadi kotor dan busuk. Sedangkan kolam air yang mempunyai aliran keluar dan masuk, pasti air itu akan sentiasa bersih dan tidak busuk. Begitu juga dengan manusia, jika kita tidak memperbaharui iman kita, suatu hari nanti pasti dan pasti iman kita akan rosak dan jika kita sentiasa memperbaharui iman kita, insyaallah iman kita akan berada dalam keadaan baik.

Antara perkara yang boleh mempertingkatkan atau memperbaharui iman kita ialah kita perlu sentiasa tengok, cakap dan berfikir tentang kebesaran Allah swt dan kebesaran Allah swt tersangat lah banyak. Sebagai contoh, kita melihat akan sebuah gunung yang terpacak di hadapan mata kita dan kita memuji- muji akan kehebatan yang Allah cipta itu serta berfikir kenapakah Allah menjadikan gunung- gunung di bumi ini...Sebenarnya banyak lagi ciptaan Allah yg boleh kita besarkan antaranya sungai- sungai, lautan- lautan, bulan dan matahari, pokok- pokok dan banyak lagi. Tetapi, manusia hari ini sangat  susah untuk tengok, cakap dan fikir tentang kebesaran Allah swt. Kebiasaannya kita akan cakap tentang pelajaran, sukan, kekayaan dan banyak lagi. Kalau jumpa sahabat-sahabat mesti topik perbualannya:



  • Roy: Eh,Mat!!!Lama tak nampak?Kerja kat man skarang?
  • Mat: Kat Hospital Klang...Kamu dah kerja?
  • Roy: Belum lagi la...baru masuk final year...
  • Mat: La...lambatnya...aku da nak masuk anak dua...Malam ni pegi tengok bola tak?
  • Roy: Mesti la...anak jantan...takkan x pegi tengok!!!

Selalu cakap tentang dunia. Kan bagus kalau:



  • Roy: Assalamualaikum mat. Sihat? Cantikkan langit hari ni...
  • Mat: Alhamdulillah...sihat...subhanallah...langit hari ini memang sangat cantik...
  • Roy: Macam mana langit boleh tergantung kat situ ya sedang ia tidak bertiang atau bertali??
  • Mat: Itu Allah swt sahaja yang tahu...
  • Roy: Sungguh hebat ciptaan Allah swt...Sememangnya Allah swt maha pencipta... 



Perbualan diatas hanyalah contoh. Tetapi dalam realiti, kalau saya berjumpa dengan sahabat- sahabat yang meminati bola, insyaAllah daripada pukul 8 malam hingga 12 malam tu baru muqaddimah pasal bola...Penutupnya mungkin selepas habis solat subuh...=)

Sebagai penutup, jangan kita berasa selasa dengan keadaan kita sekarang dan sentiasalah kita berasa risau dengan iman yang ada pada diri kita ini. Jangan kita juga berasa sombong dengan orang- orang masih belum mendapat hidayah daripada Allah swt kerana Allah swt bila- bila masa sahaja boleh mencabut hidayah daripada kita. Mungkin malam ini, esok, minggu depan atau semasa kita diambang kematian...Seseorang yang mati tanpa iman, tempatnya adalah neraka selama- lamanya..Semoga di akhir kalam kita nanti, dapat kita mengucap kalimah syahadah dan pergi meninggalkan dunia yang keji ini dengan iman kerana dengan iman, apa yang menanti kita diakhirat nanti tersangat besar nikmatnya...

jazakallah...

2 comments:

Juwita Afifah said...

Subhanallah, sangat tersentuh dgn entri ni. X sngka abg ku ini ada bakat menulis. Keep it up, k. Semoga iman kita sentiasa diperbaharui. Sama-sama kita berusaha dan berdoa agar hidup kita sentiasa dalam keredhaanNya. Amin.

ihsan said...

hehe...thnk u adikku juwita afifah...insyaallah...hidup dlm iman dan mati pun dalam iman..=)