Nuffnang

|home|

Monday 13 August 2012

Saya lupa baca Bismillah...

                 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum...Bagaimana dengan amalan kita di fasa terakhir Ramadhan ini? Pasti amalan- amalan ibadat kalian jauh lebih tinggi daripada fasa- fasa sebelum ini kan. Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya bersama sahabat- sahabat semasa keluar untuk menunaikan tanggungjawab seorang hamba Allah kepada tuannya. 
Pada salah satu cuti semester lepas, saya bersama-sama beberapa orang sahabat telah keluar untuk melakukan kerja agama di sebuah surau di sekitar Puncak Perdana, Selangor. Pada hari pertama kami tiba disana, kami dapati surau itu berkunci dan kami tidak tahu siapa yang memegang kunci surau itu...Apabila waktu sudah menghampiri zohor, dari jauh kami terdengar bunyi anak-anak kunci. Kemudiannya kami dapat lihat 3 orang adik- beradik sedang berbasikal laju menuju ke arah surau...Didahului oleh abangnya dan 2 adiknya mengekori rapat dibelakangnya. kunci-kunci tadi tersangkut pada basikal abangnya...sesampai di surau,abagnya terus membuka pintu surau dan mengazankan azan zohor....kami sangat terkejut..Begitu spontan tindakan mereka...Rupa-rupanya pemegang kunci yang kami cari- cari sebelum ini ialah mereka yang masih kecil. Dalam hati saya, "jika mereka yang pegang kunci surau, ini bermakna mereka akan setiap waktu solat datang ke surau kerana mereka bertanggung jawab membukanya. Hebat..."
Kemudiannya kami berbual-bual dengan mereka. Abangnya berumur 11 tahun, adikny yang kedua berumur 9 tahun dan yang bongsu berumur 4 tahun....Semuanya berbadan kecil dan comel- comel...Dua abgnya berjubah putih dan adiknya berbaju melayu...kemudian kami pergi kepada adiknya yang berumur 9 tahun,

  • Kami: "Adik,adik ke yang pegang kunci surau?" 
  • Adik: A'ah,kami la yg pegang kunci surau...
  • Kami: Ayah adik mana?
  • Adik: Ayah kami keluar berdakwah di india,pakistan dan bangladesh selama 4 bulan...
  • Kami: ooo...yeke....Siapa yang selalu azan di surau ini?
  • Adik: Biasanya saya yang jadi muazzin (Tukang azan)...
  • Kami: Siapa imamnya?
  • Adik: klau tiada orang dewasa yang datang bersolat disini,abg saya akan menjadi imam..
  • Kami: Subhanallah...hebat kanak- kanak ini. Kecil- kecil pun sudah boleh jadi muazzin dan imam.
Setelah selesai solat berjemaah,kami makan berjemaah dan adik- adik kecil tadi juga makan bersama kami..Abangnya tersangat tegas degan adik- adiknya tetapi apabila bercakap dengan kami,sangat rendah dan lembut suaranya...adiknya yang paling bongsu masih lagi tidak pandai untuk makan sendiri,jadi kami yang suapkan makanan untuknya. Bayangkan,seorang kanak- kanak kecil yang makannya perlu disuap dapat datang solat berjemaah 5 waktu di masjid.
Esoknya, setelah selesai menunaikan solat subuh berjemaah, kami adakan sedikit mesyuarat antara kami. Sambil itu, saya juga memerhati kelakuan kanak- kanak kecil tadi. Walaupun mereka datang awal untuk solat subuh berjemaah, tetapi mereka tidak terus tidur selepas menunaikan solat subuh. Mereka membaca ayat- ayat suci al-Quran dan pulang ke rumah mereka pada pukul 8 lebih. Kami juga ada bertanya kepada seorng jemaah tentang kanak- kanak kecil itu. Jemaah itu berkata," Mereka itu tidak akan keluar rumah melainkan hanya untuk datang bersolat di surau. Mereka banyak menghabiskan masa mereka disurau ini. Walaupun ayah mereka tiada dirumah,mereka tetap akan datang untuk solat berjemaah di surau ini." Sangat hebat mereka. Mereka telah korbankan zaman kanak- kanak mereka hanya untuk agama Allah swt. Cuba kita renung kembali, apa yang kita lakukan semasa umur kita seusia mereka.
Pada malam terakhir kami disana,kami ada berbual dengan adik yang kedua. Kemudian kami nampak adaluka dikakinya. Kami terus bertanya,"Adik,kenapa dgn kaki kamu? Kemudian dia menjawab,"saya terjatuh daripada basikal.Kemudian kami bertanya lagi." Macam mana terjatuh?" Dia menjawab," Saya terlupa untuk membaca Bismillah sebelum menunggang basikal." Subahannallah...Jawapan yang tersangat baik yang keluar daripada mulut seorang kanak- kanak yang berumur 9 tahun. Sekali lagi, cuba kita bayangkan apa jawapan yang akan keluar daripada mulut kita jika diajukan soalan seperti itu.
Mereka itu tersangat baik dan demi Allah, saya sangat menginginkn anak-anak seperti itu. Tetapi, semua itu perlu bermula daripada kita. Segala perbuatan kita akan menjadi ikutan kepada merekai...Kita perlu menjadi orang yang terbaik bagi mendapatkan anak- anak yang terbaik.

Jazakallah...

Friday 3 August 2012

Imam al- Syafie (part 2)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Sedang kita berjalan-jalan di tengah kesibukan kota, kita pasti akan dapat melihat banyak ciptaan manusia yang sangat menakjubkan. Saya suka perhatikan satu ciptaan manusia yang agak menerujai hati saya iaitu "kereta". Sebuah kereta tidak kira kereta lama atau baru, ia banyak memberi manfaat kepada manusia. Sebagai contoh, kita tinggal di Kota Bharu dan kita ingin menghadiri kuliah agama ustaz Azhar Idrus di Kuala Lumpur dan cuba kita bayangkan kita hanya berjalan kaki dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Mungkin setiap daerah yang akan kita lalui, kita akan ditahan di wad hospital kerana kehilangn cecair badan yang banyak atau dipanggil dehidrasi. Insyaallah dalam masa 1 tahun, kita akan sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Kita akan kerugian begitu banyak ilmu agama kerana tidak dapat hadir ke kuliah- kuliah yang penuh dengan keberkatan itu. Begitu pentingnya sebuah kereta untuk kita. Tetapi sedarkah kita untuk menghasilkan sebuah kereta terutamanya yang berkualiti tinggi, kita memerlukan kilang,bahan- bahan dan pengetahuan yang terbaik dalam menghasilkan kereta yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh, besi yang digunakan adalah besi yang terbaik dan jurutera-jurutera yang ada di kilang itu juga merupakan jurutera- jurutera yang hebat supaya idea- idea yang datang nanti dapat menghasilkan kereta yang terbaik. Manusia juga begitu, untuk melahirkan seorang anak yang soleh atau solehah, ibubapanya perlu mempunyai persediaan yang terbaik sebelum dan semasa membesarkan mereka.




Imam al-Syafie merupakan satu orang yang sangat hebat dalam bidang agama dan disebalik rahsia kehebatannya, dia mempunyai sepasang ibu dan ayah yang sangat kuat amalan agamanya. Disini saya ingin bercerita sedikit tentang amalan- amalan yang diamalkan oleh ibu kepada Imam al-Syafie. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal darikabilah Yaman dari suku Uzd.


Dia merupakan satu orang isteri yang sangat taat kepada suaminya. Setiap kali suaminya pulang dari bekerja, dia akan menyambut suaminya dengan senyuman dan menyediakan minuman kepadanya. Dia juga tidak pernah bersungut kepada suaminya walaupun sauminya tidak dapat memberi kekayaan kepadanya dan mereka hidup dalam penuh kemiskinan. Setiap apa yang ingin dia lakukan, dia akan meminta keizinan daripada suaminya.  Sangat taatnya dia pada suaminya yang tersayang. Sesungguhnya syurga bagi satu orang isteri terletak pada ketaatan terhadap suaminya. Selain daripada itu, dia juga sentiasa mengamalkan membaca surah Yusof dan surah Luqman sebelum tidur. Itulah yang diamalkannya sejak mula dia mengandungkan Imam al-Syafie. Sesiapa yang membaca surah ini, insyaallah Allah swt akan kurniakan anak yang cantik dan cerdik kepada si pembacanya. Suatu hari nanti, jika saya mempunyai isteri dan sedang mengandungkan anak, saya juga akan menggalakkan isteri saya membaca surah- surah ini kerana saya juga menginginkan anak seperti Imam al-Syafie...=)


Selepas kelahiran anaknya, setiap kali selepas solat, dia akan berdoa kepada Allah swt agar anaknya dikurniakan kecerdasan akal fikiran supaya mudah baginya untuk menghafal ayat- ayat suci al-Quran. Sesungguhnya doa seorang ibu tiada hijabnya. Doa seorang ibu akan terus naik kepada Allah swt. Oleh itu jangan sesekali kita melukai hati seorang ibu kerana jika dia tidak berdoa untuk kebaikan kita, satu keberkatan akan hilang dalam hidup kita. Berbalik kepada kisah ibu Imam al-Syafie. Allah telah memakbulkan doa ibunya. Suatu malam Imam al-Syafie telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw. Sejak daripada mimpi itu, Imam Syafie merasakan daya ingatan dan hafalannya sangat kuat, hinggakan jika ada kertas catatan setinggi gunung pun, dapat dihafalnya. Dia Imam al-Syafie menggunakan kelebihan itu untuk menghafal al-Quran dan dia berjaya menghafalnya ketika usianya baru mencecah 9 tahun.




Suatu hari, ada seorang jiran bertanya kepada ibu Imam al-Syafie, "Wahai Ummu Habibah al- Uzdiyyah, apa rahsia kamu dalam mendidik anakmu hingga begitu luar biasa ingatannya?" Kemudian Ummu Habibah menjawab,"Saya sentiasa doakan kebaikan untuknya. Makan dan minumnya saya pastikan daripada sumber yang halal.Saya tidak pernah memarahinya apatah lagi mengucapkan kata-kata tidak baik kepadanya. Kerana kata-kata ibu adalah doa.Sekiranya dia melakukan kesalahan,saya didik dia dengan nasihat dan tunujuk ajar."


Ummu Habibah al- Uzdiyyah juga sangat mengalakkan anaknya menuntut ilmu. Semasa Imam al-Syafie masih kecil, dia sendiri yang mengajar ilmu al- Quran kepada anak kesayangn itu. Semasa umur Imam al- Syafie meningkat dewasa, dia sentiasa membenarkan anaknya itu untuk menuntut ilmu ke tempat yang jauh- jauh. Dia sentiasa bersendirian dirumah. Suatu hari, semasa Imam al-Syafie meminta kebenaran daripada ibunya untuk menuntut ilmu di Madinah, dia pernah berkata kepadanya,"Anakanda akan meninggalkan ibu sendirian. Bukakah anakanda juga mempunyai amanah kepada ibu?" Kemudian Ummu Habibah menjawab,"Usah risau mengenai ibu, suatu masa nanti kita akan ditinggalkan sendirian untuk bertemu Allah swt. Sama ada ibu yang meninggalkan kamu ataupun kamu meninggalkan ibu terlebih dahulu."
Subhanallah...Sangat hebat bukan pengorbanan seorangnya.


Itu sahaja yang ingin saya sampaikan tentang ibu Imam al-Syafie. Semoga kita boleh menjadikan dia sebagai ikutan kepada kita. Mungkin ada yang akan berkata, tidak semestinya ibubapa yang baik akan melahirkan anak- anak yang baik. Ia mungkin betul. Mungkin Allah swt ingin mendatangkan ujian kepada ibubapa itu dengan menghadiahkan anak yang kurang baik kepada mereka dan kita juga perlu ingat, anak- anak yang baik juga merupakan ujian daripada Allah swt. Jangan sesekali kita sombong dengan pemberian Allah swt itu.

Sebagai penutup, banyakkan lah berdoa kepada Allah swt gar dikurniakan anak- anak yang baik dan sesungguhnya Allah swt tidak pernah menolak doa daripada seorang hambanya. Doa itu mungkin lebih sesuai untuk seseorang yang sudah berumah tangga. Bagi seseorang yang bujang seperti saya ini, lebih sesuai untuk berdoa agar dikurniakan isteri yang baik. Amin....=) owh,saya teringat akan satu cerita yang disampaikan oleh sahabat saya. Ada seorang pensyarah berkata kepadanya,"Kamu ni,buat apa nak cari calon yang alim-alim sangat, mereka da sempurna. Tak perlu dibentuk apa- apa lagi. Kalau kamu nak, cari yang macam penari tiang tu." Kemudian kami sama- sama tergelak. Saya hanya mampu menjawab,"Boleh je saya nak cari isteri macam tu, tapi mungkin satu bulan kemudian saya pula yang akan jadi penari tiang." Tapi betul lah apa yang pensyarah kami ingin sampaikan, cari yang biasa- biasa pun sudah mencukupi, kerana mereka lebih memerlukan bimbingan berbanding mereka yang alim- alim. Bilamana kita kahwin nanti, bentuklah bakal isteri kita itu menjadi seorang isteri yang akan menjadi ketua kepada para bidadari di syurga nanti....Sekian...


Jazakallah....

Saturday 28 July 2012

Pencinta Batu Permata...



Dalam hidup saya,
Saya mempunyai tersangat banyak batu permata yang bernilai dan cantik- cantik,



Kesemua batu permata itu saya simpan didalam sebuah kotak merah yang sangat mahal harganya,
Walaupun batu permata didalam simpanan saya sudah tersangat banyak,
Masih ramai lagi manusia yang datang dan ingin menghadiahkan batu permata yang cantik-cantik dan mahal- mahal kepada saya,
Namun begitu saya terpaksa menolaknya dengan baik kerana saya tahu saya tidak mampu untuk menjaga batu- batu permata yang banyak itu dengan baik,
Batu- batu permata yang ada didalam simpanan saya juga saya hadiahkan kepada orang yang memerlukannya,
Akhirnya hanya tinggal sebutir batu permata yang masih tinggal didalam simpanan saya,



Batu permata yang terakhir ini adalah batu permata yang paling cantik dan yang paling bernilai pernah saya simpan,
Kemudiannya saya simpan batu permata itu didalam sebuah kotak merah yang lebih kecil saiznya supaya saya dapat membawanya kemana sahaja saya pergi,



Dengan itu saya dapat pasti ia sentiasa berada dalam keadaan yang sangat selamat,
Saya juga sentiasa mengilapnya supaya ia akan kelihatan sentiasa cantik berkilauan,
Walaupun saya tahu batu permata ini tidak mampu mendengar dan tidak mampu untuk berkata apa- apa,
Jauh disudut hati ini, suatu hari nanti saya ingin batu permata ini tahu bahawa dia adalah batu permata yang paling saya sayang dan paling bernilai dalam hidup saya.



Friday 27 July 2012

Perginya dia untuk selamanya...

Bismillahirahmanirahim....

Awal pagi tadi, sedang saya berbaring di atas katil, saya terdengar suara ayah memanggil nama saya. Ihsan...Ihsan...Ihsan...Kemudian dia masuk ke dalam bilik saya. Muka dia pucat...Terkejut saya melihatnya kemudian saya bertanya,"Kenapa ayah?". Ayah menjawab,"Semasa pulang dari solat subuh tadi,ayah tergilis (Kecik) iaitu nama kucing kesayangan kami." Ayah berkata lagi,"Pergi la tengok, tadi dia tengah menggelupur kesakitan. Ayah tak sanggup melihatnya." Kemudian saya pun menjawab,"Ya Allah...saya lagi la tak sanggup ayah." Saya mengintai dari lubang tingkap bilik saya dan saya dapat lihat kucing itu tidak bergerak lagi. Saya terus bersandar pada dinding. Tak sanggup saya untuk melihatnya. Selepas hampir 5 minit termenung, saya memberanikan untuk pergi melihat kucing kesayangan kami dengan lebih dekat. Dari jauh ayah saya bertanya,"Macam mana keadaannya?Kepala pecah ke?" Kemudain saya menjawab,"A'ah, kepalanya pecah."

Saya terus mencari pengorek untuk menanam kucing kesayangan kami itu. Setelah siap manggali lubang, saya meletakkan bangkai kucing itu kedalam lubang tersebut. Saya memerhatikan kucing kesayangan kami buat kali terakhir sambil membelai- belai bulunya. Dalam hati ini terasa sangat sedih tetapi kesedihan itu sedikit terubat kerana sebelum kematiannya, saya betul- betul berkhidmat untuknya. Kucing saya ini sebenarnya sakit...Dia mengalami masalah paru- paru dan kedua- dua kakinya cedera teruk. Kakinya telah terkena jangkitan daripada kucing lain. Kakinya membusuk dan berlubang- lubang. Setiap hari saya mencuci lukanya dan kadang- kadang ada ulat yang melekat di kakinya dan saya lah juga yang membuang ulat- ulat itu daripada kakinya. Kemudian saya balut kakinya bagi menghindari lalat- lalat bertelur diatasnya. Makan minumnya juga saya jaga dengan baik. Lama saya termenung disitu...Kemudian ayah saya datang dan berkata,"Ihsan, kereta ayah tak dapat nak dihidupkan la...Mungkin dah terkena sumpahan daripada kucing tu." Saya tergelak kecil dan dalam hati saya,"adoi...ada lagi ke kepercayaan- kepercayaan macam ni." Tapi saya tahu, itu hanyalah gurauan daripada ayah saya.

Selepas saya selesai menimbus kucing tadi, saya masuk ke dalam balik. Saya berbaring dan hati saya berkata,"Ya Allah...beginikah rasanya kehilangan ahli keluarga?" Tetapi kehilangannya tidak terlalu dirasai kerana saya telah lakukan yang terbaik dan saya puas dengan usaha yang telah diberikan sebelum kematiannya. Kemudian hati saya berkata lagi,"Mungkin saya juga perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada ibubapa dan keluarga saya sebelum Allah swt mengambil mereka untuk selama- lamanya. Mungkin juga saya tidak akan terlalu bersedih kerana semasa meraka masih hidup, saya telah menjaga mereka dengan baik."



Dulu saya pernah pergi ke tanah perkuburan bersama dengan sahabat- sahabat saya. Ada satu jenazah telah selamat dikebumikan. Disebelah kubur tersebut, saya dapat lihat ada seorang lelaki sedang meronta- ronta sambil menangis dengan kuatnya. Saya bertanya kepada sahabat saya,"Mengapa dia jadi begitu?" Kemudian sahabat saya menjawab,"Dia itu merupakan anak tunggal kepada jenazah yang berada di dalam liang lahad itu. Dia telah lama keluar bekerja dibandar dan tidak pernah datang menjenguk ibunya. Walaupun ibunya sedang nazak, dia masih lagi tidak pulang kerumah untuk datang menjenguknya. Katanya, terlalu banyak kerja perlu diselesaikan. Apabila mengetahui ibunya sudah tiada, baru lah dia pulang ke kampung dan inilah kali pertama dia pulang ke kampung setelah 15 tahun bekerja dibandar." Subhanallah...Dalam hati," Sudah 15 tahun tidak pulang ke rumah?Habis tu siapa yang yang menjaga ibunya yang sudah tua itu?Patut la dia meronta- ronta sebegitu. Mungkin dia menyesal kerana tidak menjaga ibunya dengan baik semasa roh ibunya masih bercantum dengan jasadnya."

Selagi kita masih mempunyai kedua ibubapa, berkhidmat lah untuk mereka kerana khidmat mereka kepada kita langsung tiada tandingannya. Jika ibu meminta tolong memicit badannya yang lenguh- lenguh, segerakan...Jika ibu meminta untuk untuk menolongnya di dapur, segerakan...Jika ibu meminta untuk mengemas rumah, segerakan...Jika ibu merasa rindu kepada kita ketika kita berada jauh daripadanya, pulang lah dengan segera....Semua yang ibubapa minta, perlu kita segerakan selagi ia tidak melanggar hukum Allah swt kerana suatu hari nanti suara-suara ini tidak akan kita dengari lagi dan kita akan menangis merinduinya. Kesedihan akan lebih dirasai jika kita tidak menunaikan permintaan mereka dan selalu menderhakai mereka.

Jadi...Disini...Marilah sama- sama kita belajar untuk menjaga orang yang paling kita sayangi dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Moga suatu hari bilamana mereka sudah tiada nanti, kita masih boleh tersenyum kerana kita telah memberi perkhidmatan yang terbaik mereka.

Jazakallah...


Saturday 14 July 2012

Imam al- Syafie (part 1)

Bismillahirahmanirahim....

Sebenarnya hajat saya untuk berkongsi sedikit cerita berkaitan dengan seorang tokoh islam ini telah lama saya pendamkan. Hajat ini datang bilamana saya berada di satu majlis ilmu di sebuah masjid. Penceramah itu bercerita tentang seorang imam yang sangat hebat dan boleh dikatakan orang yang paling alim pada zamannya iaitu Imam al-Syafie. Kemudian penceramah itu bertanya kepada kami semua "Apakah nama sebenar Imam Syafie?". Semua yang ada dalam masjid itu terdiam. Kemudian penceramah itu berkata lagi,"Mana mungkin kamu tidak tahu nama sebenar pengasas mazhab Syafie sedangkan kalian semua menganuti mazhabnya. Tetapi jika saya bertanya "Siapakah artis paling cantik didunia? Siapakah pemenang anugerah oscar 2011?Siapakah pemain bola sepak bergaji paling tinggi didunia?" Sudah pasti kalian semua akan menjawab soalan saya tadi dengan betul dalam tempoh tidak lebih daripada 3 saat. Dalam hati saya,"Ouchhh...Pedihnya.....kemudian saya berfikir, tapi betul juga kata ustaz itu. Kenapa saya ini tidak mengenali nama Imam Syafie sedangkan saya menganuti mazhabnya."



Apabila pulang daripada ceramah itu, saya terus berazam untuk mengetahui segala perkara berkaitan dengn Imam al- Syafie. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas. Beliau dipanggil Syafie kerana wajahnya seiras wajah moyangnya yang bernama Syafie dan moyangnya itu mempunyai wajah yang seiras Nabi Muhammad saw. Salasilah keturunan ayah Imam Syafie sama dengan keluarga Nabi Muhammad saw. Imam Syafie telah dilahirkan oleh seorang ibu yang sangat solehah bernama Ummu Habibah al- Uzdiyyah di tanah Palestine.


Semasa Imam Syafie masih di dalam kandungan, ibunya telah bermimpi melihat sebutir bintang keluar daripada perutnya lalu is naik ke langit. Cahaya daripada bintang itu menjadikan bumi itu terang benderang. Suaminya juga bermimpi kejadian yang hampir sama dengan isterinya.  Satu orang alim telah berkata kepada kedua ibubapa Imam Syafie," Anak yang akan lahir daripada kandungan isteri kamu nanti akan menjadi seorang yang sangat berilmu dan ilmunya memenuhi seluruh muka bumi ini. Oleh itu, jaga dan didklah anak ini dengan baik."


Semasa zaman bayinya, ada beberapa perkara ganjil berlaku antaranya pada siang hari di bulan Ramadhan anak kecil ini tidak mahu menyusu. Dia seolah- olah turut berpuasa dan menghormati ibubapanya yang sedang melakukan ibadah puasa. Apbila ibunya sedang membaca al-Quran,dia akan berdiam diri seolah- olah dia sedang mendengar ayat- ayat suci itu.


Ayahnya meninggal dunia di Palestine semasa umurnya baru sahaja mencecah 2 tahun dan selepas itu dia dibawa ibunya untuk berpindah ke Makkah.  Imam Syafie banyak belajar al-Quran dengan ibunya. Mereka hidup dalam penuh kemiskinan sehinggakan dia tidak mampu pergi ke kelas- kelas pengajian. Selepas umurnya sedikit meningkat, setiap malam dia  akan menghadiri majlis ilmu percuma di Masjidil Haram. Selepas itu, dia menuntut ilmu dengn Imam Ismail Kustantani. Pada awalnya, Imam Kustantani tidak mahu menerimanya kerana umurnya yang masih terlalu muda iaitu 9 tahun sedangkan umur minimum untuk mengikuti kelas pengajiannya ialah 12 tahun. Tetapi setelah dia menguji imam Syafie dengan ayat- ayat al-Quran dan imam Syafie dapat membacanya dengn baik dan sangat lunak bacaannya, die berasa kagum dengan imam Syafie dan terus menerimanya sebagai anak murid. Imam Kustantani berkata kepada imam Syafie,"kelak kamu akan menjadi seorang ulama." Imam Kustantani mempunyai sangat ramai anak murid dan jika dia mempunyai tugasan luar, dia akan menyuruh Imam Syafie menggantikan tempatnya sebagai guru. Subhanallah...Sangat hebat bukan???Cuba kita renung kembali,apa yang kita lakukan semasa kita berumur 9 tahun. Saya pada masa itu setiap petang pasti akan berada di padang bermain bola sepak, menangkap burung di hutan, mandi-manda di sungai dan macam- macam lagi sedangkan Imam Syafie sudah menjadi seorang guru al-Quran yang sangat hebat.


Kemudiannya dia telah pergi belajar bersyair dengan seorang penyair yang hebat iaitu Mas'ab bin Zubair. Selama 3 bulan dia tinggal bersama Mas'sb bin Zubair, Imam Syafie telah berjaya menghafal 10 000 rangkap syair dan berjaya mencipta syair yang hebat- hebat sehingga dikagumi semua orang. Tetapi Imam Syafie tidak memilih untuk menjadi seorng penyair kerana ibunya lebih menyukai dia menjadi seorang ulama kerana ia akan menjadikan seseorang itu zuhud tetapi jika menjadi seorang penyair, dia akan menjadi seorng yang sangat angkuh.


Semasa umurnya mencecah 15 tahun, Imam Syafie mengajar dan memberikan fatwa kepada orang ramai di Masjidil haram. Seseorng yang berumur 15 tahun dan boleh memberikan fatwa, dia merupakan seorang yang hebat. Ini kerana, dalam memberikan fatwa, seseorang itu perlu betul- betul faham tentang agama. Kalian semua boleh bayangkan apa yang kalian lakukan semasa berumur 15. 


Imam Syafie juga dapat menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis oleh Imam Malek dalam masa yang singkat. Kemudiannya, Imam Syafie juga dapat menghafal kitab al-Awsat yang ditulis Imam Abu Hanifah dalam masa 3 hari sahaja sedangkan orang lain mengambil masa satu tahun untuk menghafal kitab tersebut.


Imam Syafie tersangat mencintai ilmu sehinggakan dia telah bergerak  jauh meninggalkan Makkah hanya untuk menuntut ilmu. Pada usia yang sangat muda, dia telah berhijrah ke Madinah, Baghdad, Yaman dan  Mesir. Antara guru- guru imam Syafie ialah Imam Malik bin Anas, Imam Muhammad al Hasan, Imam Abu Yusof dan ramai lagi. Kemana sahaja Imam Syafie pergi menuntut ilmu,dia pasti akan menjadi anak murid yang paling disayangi sehinggakan mereka tidak sanggup untuk melepaskan imam Syafie.


Dalam kisah hidup Imam Syafie juga, saya sangat tersentuh dengan sifatnya yang sangat menghormati ibunya dan dia pasti akan meminta kebenaran daripada ibunya terlebih dahulu dalam membuat keputusan. Dia juga berpegang kepada kata- kata gurunya,"Apa sahaja perkara yang ingin kamu lakukan perlu mendapat keredhaan daripada ibumu. Tanpa kerhedaan ibu, Allah swt juga tidak redha padamu." Dalam hidupnya, hanya sekali dia dimarahi ibunya itu pun kerana dia telah mengetuk pintu rumahnya terlalu kuat. Dia tidak sabar untuk berjumpa ibunya kerana telah lama keluar menuntut ilmu. Tetapi ibunya telah tersinggung dan memarahinya serta menyuruhnya pergi menuntut ilmu agama. Dia terus menangis dan memohon ampun kepada ibunya dan walaupun ibunya telah mengampunkan kesilapannya, dia masih lagi bersedih. Begitu taat dan sayangnya Imam Syafie kepada ibunya.


Imam Syafie meninggal dunia di Mesir pada tahun 204 hijrah ketika berumur 54 tahun. Sebenarnya masih banyak keistimewaan Imam Syafie yang belum dapat saya ceritakan. Jika kalian semua ingin mengetahui lebih lanjut tentang imam Syafie, bolehlah mengeluarkan sedikit wang untuk membeli mana- mana buku berkaitan dengan Imam Syafie dan saya pasti kalian tidak rugu membelinya.


Sebelum saya berundur diri, disini ada beberapa pandangan daripada tokoh- tokoh yang sangat terkenal tentang Imam Syafie:




  • Imam Malik bin Anas berkata, " Tidak ada lagi keturunan Quraisy lebih pandai daripada Imam Syafie."
  • Imam Ahmad bin Hanbal berkata," Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie."
  • Imam Muhamad al-Hakam berkata, "Saya belum berjumpa dengan seorng yang lebih mengetahui cerdik akalnya, lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya, lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie."
  • Basyrat Muraisi seorang penkaji sejarah dan pengikutnya berkata,"Akal Imam Syafie menyamai akal separuh penduduk dunia. Beliau lebih suka membicarakan soal pokok daripada soal furuk."
Itu sahaja yang dapat saya ceritakan buat masa ini dan insyaallah saya akan ceritakan sedikit tentang bagaimana amalan ibunya sehinggakan dapat melahirkan seorang ulama yang hebat ini. Semoga apa yang kita baca ini dapat kita jadikan pengajaran kepada kita dan sampaikan kepada sahabat- sahabat yang lain.


Jazakallah...







Thursday 12 April 2012

Sanggupkah kita melupakan insan yang bernama "IBU" ini?

Bismillahirahmanirahim....


Di zaman kanak-kanak, hubungan seorang anak dengan seorang ibu tersangat rapat. Mereka selalu menurut apa sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut ibu mereka. Mereka juga langsung tidak boleh berjauhan daripada ibu mereka. Linangan air mata pasti mengalir di pipi- pipi gebu mereka jika berjauhan walau seketika daripada ibu mereka. Jika diajukan soalan kepada mereka, "Siapakah orang paling mereka sayang di dunia ini?". Sudah pasti jawapannya "Ibu". Jika ditanya soalan "Apabila besar nanti, adik nak jaga ibu baik-baik tak?". Pasti dan pasti jawapan mereka adalah "Nak". Soalan- soalan berkaitan dengn ibu yang ditujukan kepada mereka pasti dibalas dengan jawapan-jawapan yang boleh menitiskan air mata si ibu kerana berasa sangat terharu dengan jawapan anak-anaknya itu.Jawapan- jawapan yang dibalas mereka bagaikan bapa mereka tidak wujud di dunia ini. Walhal bapa juga merupakan seorang yang sangat penting dalam membesarkan mereka.Tapi hati mereka hanya terpahat nama seorang "Ibu".Begitu sayangnya mereka kepada ibu mereka. 




Tetapi jawapan- jawapan dan janji- janji mereka dulu dilupakan begitu sahaja tahkala mereka semakin membesar. Kata-kata sahabat mereka lebih diutamakan dan kelakuan- kelakuan sahabat- sahabat mereka juga sangat mudah untuk mereka ikuti dan amalkan. Apabila mereka masuk ke alam universiti dan mereka sedang hangat bercinta dengan teman-teman istimewa mereka, janji-janji manis kepada ibu mereka dahalu semakin terhakis seperti mana ombak menghakis pasir- pasir di pantai. 

Kita sebagai seorang anak yang soleh dan solehah sepatutnya tidak boleh sama sekali melupakan ibu kita walau dalam apa jua keadaan mana sekalipun kerana bebanan mereka untuk membesarkan seorang anak lebih rumit daripada mengeringkan tujuh buah lautan yang luas. Disini saya ingin berkongsi sedikit tentang pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan seorang anak.

Saya baru beberapa minggu menjalani latihan praktikal di Hospital Sungai Buloh dan pada minggu kedua disini, saya bersama beberapa orang rakan telah ditempatkan di unit rehabilitasi kanak- kanak. Kebanyakan daripada mereka adalah kanak- kanak OKU. Seorang ibu telah datang bersama-sama dengan anaknya untuk menjalani rehabilitasi. Saya bertanyakan tentang perihal anaknya dan juga keluarganya untuk dibuat penilaian. Anaknya dilahirkan dalam keadaan normal dan pada usianya mencecah enam bulan, doktor telah mengesahkan terdapat nanah didalam otak anaknya dan tumbesaran anaknya akan sedikit terbantut kelak. Setelah pembedahan selesai, anaknya telah dimasukkan ke dalam wad selama 3 bulan. Ibunya terpaksa berhenti bekerja untuk menjaganya. 3 bulan berada di hospital bukan lah sepertimana  kita dapat melancong selama 3 bulan ke Paris, London, Moscow atau negara-negara eropah yang lain. 3 bulan berada di hospital merupakan sesuatu yang sangat memenat dan memeritkan. Tetapi, apabila seorang itu besar nanti, sanggupkah mereka meninggalkan kerja mereka selama 3 bulan demi menjaga ibu mereka? Atau sanggupkah mereka berhenti bekerja untuk menjaga ibu mereka? Bagi pandangan saya, 100% anak itu tidak sanggup untuk mengambil cuti selama 3 bulan atau berhenti bekerja demi ibu mereka. Atau tidak perlu kita pergi kepada 3 bulan, 1 hari cuti pun menjadi satu keberatan kepada mereka dan mereka merasakan bebanan itu terlalu besar sepertimana mereka sedang memikul Gunung Kinabalu di atas belakang mereka merentasi Laut China Selatan untuk diletakkan di Kota Bharu. Menangis seorang ibu jika mempunyai anak berperangai seperti itu.

Kemudian, di hari yang lain. Datang lagi seorang ibu membawa seorang anak. Anaknya menghidap "Angleman Syndrome" dan saiznya agak besar jika hendak dibandingkan dengan ibunya. Anak tidak dapat berjalan dan ibunya mengangkatnya seorang diri daripada kerusi roda ke lantai. Setelah seorang sahabat saya mengambil anaknya untuk menjalani proses rehabilitasi, ibunya terus mencari tempat bersandar kerana ibunya mempunyai sakit belakang yang kronik sejak menjaga anaknya ini. Tetapi sebelum dia melepaskan anaknya kepada kami, ibunya sempat memberi satu ciuman kepada anaknya dan dia terus pergi bersandar pada kerusi tadi. Mukanya sangat keletihan. Kemudiannya,saya memerhatikan sahabat saya membuat kerja dan saya dapat lihat kesulitan yang dialami oleh sahabat saya itu dalam memberikan rawatan kepada anaknya kerana saiznya yang agak besar dan kuat. Saya terpaku dan tersenyum melihat gelagat sahabat saya itu. 10 minit menjaga anaknya telah memberi kesulitan dan keletihan kepada sahabat saya itu. Bayangkan ibunya telah menjaganya selama 10 tahun. Tidak mustahil  lah ibunya telah mempunyai sakit belakang yang kronik dan berada dalam keadaan yang sangat keletihan. Ada satu perkara yang menyebabkan saya sangat kagum dengan. Dalam 1 jam proses rehabilitasi itu, saya dapat lihat ibunya selalu datang dan memberi ciuman kepada anaknya. Begitu sayangnya seorang ibu kepada anaknya walhal dia sendiri berada dalam keadaan yang amat keletihan. Sanggupkah kita melupakan kasih sayang yang telah diberikan oleh seorang ibu kepada kita?

Seorang lagi ibu datang membawa anaknya yang menghidap "Cerebral Palsy" bagi menjalini rehabilitasi di unit fisioterapi. Anaknya juga bersaiz agak besar dan tidak boleh berjalan sepertimana kanak- kanak normal tetapi anaknya agak aktif. Apabila anaknya itu terjatuh, ibunya terus datang untuk mengusap dan mengurut-urut tempat sakit anaknya itu.Walhal anaknya itu hanya terjatuh dari tempat yang sangat rendah dan di atas tilam yang lembut, tetapi ibunya datang untuk menenangkan anaknya itu. Sayang dan risaunya seorang ibu kepada anaknya. Adakah kita akan berbuat begitu kepada ibu kita kelak? Jika ibu kita datang kepada kita semasa kita sedang menonton televisyen untuk meminta sedikit pertolongan untuk memicit kakinya yang telah penat seharian bekerja, pasti jawapan yang datang daripada seorang anak adalah "kejap la mak,orang tengah tengok movie best ni...nanti habis orang picit la kaki mak..." Ibu akan berlalu pergi kerana tidak mahu mengganggu anaknya dan menunggu-nunggu kedatangan anaknya untuk memecit kakinya sehingga dia tertidur kepenatan tanpa menerima sedikit sentuhan daripada anaknya. 5 minit sahaja masa yang diperlukan untuk memicit kaki seorang ibu yang sedang kepenatan tetapi 5 minit itu dianggap sesuatu yang sangat besar bagi kita walhal cerita yang ditonton itu langsung tidak akan membantu kita diakhirat kelak. Sedangkan berkhidmat kepada seorang ibu boleh memberikan pahala yang sangat banyak dan jaminan syurga kepada seorang anak.

Sebenarnya banyak lagi kes yang ingin saya ceritakan tentang pengorbanan seorang ibu kepada anak-anaknya. Tetapi keadaan sangat tidak mengizinkan dan mungkin saya akan menceritakan nanti. Yang pasti, kebanyakan daripada mereka mempunyai pekerjaan- pekerjaan yang hebat sebelum kelahiran anak- anak mereka itu tetapi mereka sanggup berhenti bekerja demi menjaga anak- anak mereka.

Sebagai seorang anak, kita jangan sesekali melupakan ibu kita dan selalu lah menjaga perhubungan kita dengan mereka. Satu titisan air mata ibu kerana derhaka seorang anak kepadanya boleh mendekatkan anaknya itu kepda neraka jahanam dan Rasullullah saw pernah bersabda:


"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua ibubapa......"


Riwayat Al hakim

Ibu saya selalu berpesan kepada saya. "Bila kamu kahwin nanti, jangan sesekali kamu melupakan ibumu ini. Selalulah menelefon dan menjenguk ibu yang sudah tua ini kerana bilamana ibu ini sangat merindui kamu tetapi kamu tidak menghubungi ibu, kamu telah berdosa kepada ibuku."Saya pasti ibu sahabat-sahabat semua juga selalu berpesan sebagaimana ibu saya berpesan kepada saya. Seorang ibu selalu berpesan sebegitu kerana mereka tahu suatu hari nanti pengorbanan yang telah diberikan oleh mereka kepada kita selama ini akan kita lupakan. Saya sudahi entri ini dengn persoalan "Adakah duit kita lebih bernilai daripada seorang ibu?", "Adakah masa kita lebih bernilai daripada seorng ibu?" dan "Adakah tenaga kita lebih bernilai daripada seorng ibu?"...

Jazakallah...






Wednesday 14 March 2012

Apabila seseorang itu sudah jatuh cinta...

Bismillahirahmanirahim.... 

Dalam dunia hari ini, pelbagai bencana telah diturunkan oleh Allah swt kepada hamba- hambanya. Tsunami telah menelan ratusan ribu penduduk di Jepun dan Indonesia, ribut taufan telah membunuh beribu- ribu orang di Amerika, banjir besar telah meragut berpuluh ribu penduduk di negara China, cuaca sejuk yang melampau telah membekukan beribu- ribu penduduk eropah dan banyak lagi bencana yang telah diturunkan oleh Allah swt. Tetapi kita tidak tahu apakah maksud tersirat berlakunya bencana- bencana seperti ini dan kita hanya memikirkan cara bagaimanakah cara untuk mencari dan menyelamat mangsa- mangsa bencana tersebut.

Sedarkah kita bahawa Allah swt menurunkan bencana- bencana ini kerana manusia pada zaman ini telah lalai dan sangat jauh daripada mengingati Allah swt. Manusia tidak mengendahkan lagi segala suruhan Allah swt dan dengan tanpa segan silu melanggar larangan Allah swt. Antara suruhan Allah swt yang paling besar adalah solat. Kita tidak perlu pergi jauh, cuba kita lihat kepada orang- orang paling dekat dengan kita. Sebagai contoh, ibu bapa, adik beradik atau sahabat- sahabat baik kita. Adakah mereka bersolat? Jika mereka bersolat, Alhamdulillah...




Pada zaman ini, solat telah diabaikan dan dilalaikan oleh sesetengah umat islam. Sedangkan solat merupakan suatu ibadat yang terpenting dan disepakati oleh seluruh ulama bahawa selepas iman, solah merupakan amalan yang lebih afdal daripada seluruh ibadat- ibadat fardhu yang lain dan solat juga merupakan amalan yang pertama akan disoal diakhirat nanti. Yang menyedihkan lagi tiada satu suara pun yang kedengaran untuk menarik perhatian umat kepada agama. Sebenarnya solat merupakan suatu amalan yang terbaik dan paling dikasihi Rasulullah saw. Rasulullah saw menyatakan bahawa solat adalah penyejuk mata baginda. Manusia pada hari ini tidak sedar betapa nikmatnya setiap solah yang dapat ditunaikan.
  • Hazrat 'Abdullah bin Mas'ud Radiallahu Anhu telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Daripada segala amalan, solahlah yang paling aku kasihi"
Dalam satu satu rakaat solat, Rasulullah telah menghabiskan berjuzuk- juzuk al-Quran. Tambahan pula ayat- ayat tersebut dibaca satu persatu dengan tajwid dan tenang. Dalam keadaan begini, bayangkanlah betapa panjangnya setiap satu rakaat yang ditunaikan oleh Rasulullah saw. Inilah sebabnya kaki baginda saw menjadi bengkak. Sesungguhnya apabila kelazatan sesuatu perkara telah masuk ke dalam hati seseorang maka dia tidak lagi berasa kesusahan dan kepayahan dalam mengerjakan ssuatu perkara itu. Mungkin ada antara kita yang berkata,itu Rasulullah saw...memang la dia suka bersolat...Sebenarnya ramai lagi sahabat- sahabat Rasulullah yang sangat mencintai solat dan jika kita diberi peluang untuk melihat mereka bersolat, pasti kita akan berasa kita orang yang sangat- sangat jahil. 

Malah pada zaman kerosakan umat ini juga, masih terdapat hamba- hamba Allah swt yang mengahabiskan sebahagian malam mereka bersolah, sementara itu di siang hari mereka sibuk berdakwah dan mengajar ilmu agama. Maulana Abdul Wahid Lahori rah. adalah seorang murid kepada Hazrat Mujaddid Al- Fathani rah. Suatu hari beliau berkata" Apakah tidak ada solat lagi di dalam syurga" Seorang lagi bertanya kepadanya "Mengapa pula perlu bersolat di dalam Syurga? Syurga adalah tempat menerima balasan, bukan tempat beramal." Kemuadian Maulana Abdul Wahid Lahori rah. pun mengeluh panjang dan menangis serta berkata, "Bagaimana daku boleh menikmati kehidupan di Syurga tanpa solat?"  

Syeikh Abdul Wahid rah. merupakan salah seorang ahli sufi yang masyur. Beliau menceritakan," Pada satu malam aku sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum sempat menghabiskan wirid dan zikirnya. Aku melihat dalam mimpiku seorang gadis yang cantik berpakaian sutera hijau. Seluruh anggota badannya sibuk berzikir." Kemudian gadis itu berkata kepadanya, "Berusahalah untuk mendapatkan saya. Saya ingin mendapatkan engkau." Kemudain gadis itu membaca beberapa rangkap syair percintaan. Setelah tersedar daripad mimpi, beliau bersumpah tidak akan tidur malam lagi. Diriwayatkan bahawa selama 40 tahun beliau bersolat isyak dan subuh dengan wuduk yang sama.


Hazrat Thabit Banani rah. ialah seornag hafiz hadith. Beliau sering menangis dihadapan Allah swt. Seorang berkata kepadanya mata beliau akan buta. Beliau menjawab, "Apakah faedahnya mata yang tidak menangis?" Beliau sering berdoa, "Ya Allah, izinkan saya bersolat di dalam kubur, sekiranya engkau mengizinkan solat di dalam kubur kepada mana- mana hambamu." Maka Abu Sinan rah. berkata, "Demi Allah, saya adalah antara orang yang telah mengebumikan mayat Hazrat Thabit Banani rah. Semasa mengebumikan mayat beliau, seketul batu daripada sebelah dinding kubur telah terjatuh dan saya dapat melihat beliau sedang bersolat. Selepas pengebumiannya, kami ke rumah beliau dan bertanya kepada anak perempuannya apakah amalan ayahnya itu. Maka anak perempuannya menjawab,"Selama 50 beliau berjaga sepanjang malam dengan beribadat dan pada setiap subuh beliau berdoa,"Ya Allah,izinkan saya bersolat di dalam kubur, sekiranya engkau mengizinkan solat di dalam kubur kepada mana- mana hambamu."

Dalam kisah yang lain, Hazrat Imam Ahmad bin Hanbal rah. adalah salah seorang imam fikah yang masyhur. Walaupun seharian sibuk dengan masalah- masalah fikah, namun dalam sehari semalam beliau bersolah sebanyak 300 rakaat. 

Imam Abu Yusuf rah. juga adalah seorang yang masyhur. Beliau merupakan kadi besar yang menyebabkan beliau sibuk dengan urusan mahkamah. Walaupun demikian, beliau masih mampu bersolah 200 rakaat solat sunat setiap hari.

Manakala Hazrat Baqi bin Mukhallad rah. pula dikatakan dapat menghabiskan seluruh al-Quran setiap malam dalam 13 rakaat solah tahjud dan witirnya. Begitu cintanya mereka semua kepada solat. Adakah kita mempunyai tahap kecintaan solat setanding dengan mereka? Sebenarnya ada banyak lagi cerita tentang manusia- manusia di akhir zaman yang mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap solat. Jika diberi masa, saya akan bercerita lagi tentang manusia- manusia hebat ini.


Dengan adanya manusia- manusia seperti inilah menyebabkan dunia ini terus kekal. Manusia- manusia seperti telah mengambil sepenuh manfaat daripada kehidupan dunia ini. Tidak mustahil kita juga dikurniakan dengan kesibukan beramal ibadat menerusi kerahiman Allah swt yang maha luas dan dengan berkat mereka yang telah bersungguh- sungguh dalam melaksanakan perintah- perintah Allah swt.

Jadi disini, kita cubalah untuk tidak meninggalkan solat fardhu. solat fardhu merupakan asas kepada segalanya dan solat yang paling lemah boleh menjauhkan kita daripada perkara- perkara mungkar. Apabila kita tidak melakukan perkara- perkara mungkin, nescaya kita akan mendapat kasih sayang daripada Allah swt dan apabila Allah swt kasih kepada kita, insyaAllah ia dapat menghindari turunnya bencana- bencana yang telah mengorbankan jutaan penduduk dunia. Bilamana kita sudah istiqamah degan solat fardhu,kemudiannya kita boleh belajar- belajar untuk melakukan solat- solat sunat. Solat- solat sunat ini boleh menampal kekurangan- kekurangan yang ada pada solat fardhu kita.

Jika kita tidak mencintai suruhan Allah swt ini, kita sepatutnya berasa malu untuk bercinta dengan lelaki- lelaki atau wanita- wanita dunia. Kita juga jangan sesekali memberi alasan "tidak cukup masa untuk bersolat" yang hanya mengabil masa 5- 10 minit sedangkan kita boleh meluangkan berjam- jam lamanya dengan melayan mainan dunia (facebook, twitter, menonton tv, berbual- bual kosong dan banyak lagi). Jadi, bersolat lah dan saya sudahi penulisan ini dengan salah satu hadis Rasulullah saw.  

  • Hazrat Abu Darda Ra. berkata, "kekasihku Rasulullah saw tekah mewasiatkan kepada saya bahawa jangan sesekali anda menyekutukan Allah swt dengan sesuatu apa pun, walaupun kamu dicincan atau dibakar. Jangan tinggalkan solat dengan sengaja maka Allah swt tidak bertanggung jawab terhadapnya. Jangan minum arak kerana perbuatan ini adalah kunci kepada segala kejahatan."

Jazakallah...









Sunday 11 March 2012

Kesederhanaan dalam islam...


Bismillahirahmanirahim....
  • Syam: Man,minggu ni kita ke laut lama sikit la ya..Target aku minggu ni nak dapatkan RM 5000 la...
  • Man: Eh, Syam....bukan ke minggu lps kamu ckp nak cukupkan RM 3000 setiap minggu?
  • Syam: Alaa Man....Aku tengok si Zainal tu beli kereta baru la...aku pun nak kereta macam dia jugak...mana boleh aku kalah dengn die...Paling kurang pun kalah sipi...
  • Man: Syam...Syam...Semua yang Zainal ada, kamu mesti nak...dia tu anak orang kaya Syam...Kalau minggu depan dia beli rumah baru?kamu mesti nak kumpul RM 10 000 seminggu plak kn...
  • Syam: hehe...Aku pun nak rase hidup mcm dia jugak...Lagipun, semua benda yang aku nak tu, aku kerja la Man...Bukannye aku mencuri....
  • Man: Ye...itu aku tahu Syam...Tapi kita jangan ikutkan sangat kemahuan nafsu kita ni Syam...Kalau diikutkan nafsu, semua benda kat dunia ni kita nak....Lagipun,aku kurang selesa la tinggal lama sangat kat laut...Aku rindukan suasana solat berjemaah di masjid kampung kita ni...Tenang je bila ada kat rumah- rumah Allah swt ni...
  • Syam: Alaa.....Man,yang ni last k,lepas ni kita x akan keluar lama-lama lagi....
  • Man: Man- man....harap- harap ni betul- betul last la...

Nabi saw pernah bersabda..."Manusia ini, jika diberi satu lembah yang dipenuhi dengan emas, nescaya mereka ingin mendapatkan satu lagi lembah yang dipenuhi dengan emas- emas..." Manusia pada zaman ini sudah tidak mengamalkan KESEDERHANAAN yang telah disaran oleh islam dan telah diamalkan oleh nabi- nabi dan sahabat- sahabat terdahulu. Manusia sekarang ini tamak mengejar harta- harta dunia dan yang menyedihkan lagi kebanyakan mereka sebenarnya sedar bahawa semua harta itu langsung tidak bernilai di akhirat nanti.

Beberapa minggu yang lepas, saya bersama- sama keluarga saya pergi bersiar- siar di sekitar Putrajaya. Dalam tempoh 5 tahun saya tinggal di Putrajaya, itulah pertama kalinya saya melalui lorong- lorong yang dipenuhi dengan rumah yang cantik- cantik dan besar- besar. Kereta yang ada di rumah itu juga semuanya mewah- mewah dan kebanyakannya tidak kurang daripada 4 buah kenderaan. Saya bertanya kepada ayah saya, berapa harga rumah- rumah ini? Ayah saya menjawab, Ihsan!!!harga tanah disini RM 300 sekaki dan kalau satu lot, harganya lebih kurang satu juta lebih...Subhanallah....Jika harga tanahnya sahaja sudah satu juta lebih, rumahnya tak mustahil boleh mencecah harga 5 juta ringgit...Kalau di Kelantan, harga tanahnya lebih RM 30 sekaki...Itu pun sudah dikira mahal...Kebiasaannya harga tanah di Kelantan hanya RM 15 sekaki sahaja. Cuba bezakan RM 300 dengan Rm 15?Banyakkan perbezaannya. 

Rumah bersaiz Semi-D ini berharga RM 2.5 juta


Jika rumah Semi-D berharga RM 2.5 juta. Kamu sendiri boleh anggarkan berapa harga  rumah ini.

Kemudian terdetik juga dalam hati saya untuk memiliki rumah yang cantik- cantik walaupun tidak secantik rumah- rumah yang saya lihat tadi. Teringin juga untuk memiliki kereta- kereta mewah seperti mereka.Tetapi semua itu sangat jauh daripada kemampuan saya. Selang beberapa hari selepas itu, ada satu ceramah yang berkaitan dengan kesederhanan disampaikan oleh seorang ustaz berdekatan dengan rumah saya. Tajukanya" Kesederhanaan dalam Islam" Isi- isi yang disampaikan juga sangat menarik. Katanya, duit- duit yang telah kita gunakan ini, semuanya akan disoal di akhirat nanti. Sebagai contoh, seorang pemuda ini dia berasa sangat haus kerana dia sudah seharian tidak meneguk air dan jika dia tidak segera meminum air mungkin kemudaratan akan datang padanya , kemudian dia telah membeli sebungkus Milo ais dan meminumnya. Air yang telah dibeli untuk menghindari kemudaratan itu juga akan disoal di akhirat nanti. Dia akan disoal, "Hai pemuda...dulu kamu telah membeli sebungkus milo ais untuk menghilangkan dahaga kamu...Sedangkan kamu tahu bahawa air kosong juga boleh menghilangkan dahaga kamu". Maksudnya disini, milo ais boleh menghilangkan dahaga dan begitu juga dengan air kosong. Tetapi,mengapa kita tidak membeli air kosong sedangkan harganya jauh lebih murah berbanding milo ais dan ia juga boleh menghilangkan dahaga sepertimana milo ais. Perbezaan milo ais dan air kosong pun akan disoal diakhirat nanti. Itu menunjukkan kita tidak boleh sesuka hati dalam berbelanja. 

Tetapi, saya tidak mengatakan orang yang membeli rumah- rumah berjuta ringgit itu orang yang tamak dan membazir. Kata ustaz itu juga, kesederhanaan adalah nisbah kepada diri seseorang itu. Sebagai contoh, orang yang telah membeli sebuah rumah berharga RM 5 juta sedangkan dia mampu untuk membeli rumah berharga RM 50 juta. Itu juga dikatakan kesederhanaan kerana dia sebenarnya mampu untuk membeli sesuatu benda yang mampu dibelinya tetapi dia tidak melakukannya. Sedangkan, seorang lelaki yang telah membeli sebuah motosikal berharga RM 5000 tetapi dengan harga itu dia telah meminjam duit daraipada kawannya dan RM 5000 sebenarnya diluar kemampuannya kerana dia telah menyusahkan dirinya dan kawannya. Walaupun RM 5000 tersangat sedikit nilainya dengan RM 5 juta, ia tidak dipanggil sederhana.

  • Barangsiapa yang redha dengn rezeki yang sedikit dari Allah swt maka Allah swt akan redha dari amal yang sedikit daripadanya dan menanti- nanti kelapangan adalah satu ibadah (HR Bukhori)
  • Ketamakan menghilangkan kebijaksanaan dari hati para ulamak (HR At Tabrani)
  • Kekayaan bukan banyaknya harta benda yang dimiliki tetapi kekayaan jiwa (HR Bukhori)

Kata penceramah itu lagi, kebahagian seseorang ini tidak dapat dibeli dengan harta- harta dunia. Maksudnya disini, rumah- rumah besar, kereta- kereta mewah langsung tidak boleh membahagiakan seseorang.Tetapi kebahagian itu boleh dimiliki dengan mengamalkan suruhan agama. Saya tertarik denga kata- kata itu. Jarak rumah saya dengan surau yang saya pergi ini lebih kurang 400 meter. Saya perlu melalui apartmen- apartmen untuk sampai sampai ke surau itu. Dalam saya melalui apartmen- apartmen itu, saya selalu melihat keluarga keluar daripada kereta- kereta yang sederhana harganya. Tetapi keluarga mereka dilihat sangat mesra dan bahagia. Kemudian, saya juga selalu mendengar gelak ketawa daripada rumah- rumah yang berada di apartmen itu. Bila azan berkumandang, mereka juga akan ke surau dan dilihat sangat mesra. Susah untuk saya terangkan disini atau kalian boleh datang sendiri kesini untuk melihatnya dengan mata sendiri. Dari pandangan mata saya, Hidup mereka sangat bahagia. Tatapi disini saya tidak mengatakan mereka itu miskin, cuma kalau hendak dibandingkan dengan rumah- rumah yang saya lihat sebelum ini, ia seperti seorang itu dilahirkan daripada keluarga diraja dan seorang lagi dilahirkan daripada keluarga nelayan.
  • Seorang sahabat datang kepada Nabi s.a.w dan bertanya, ya rasulullah tunjukkan kepadaku satu amalan yang bila aku amalkan aku akan dicintai oleh Allah dan manusia, Rasulullah s.a.w menjawab, hiduplah di dunia dengan zuhud(bersahaja) maka kamu akan dicintai Allah dan jangan tamak apa yg ada di tangan manusia nescaya kamu akan di senangi manusia…(HR Ibnu Majah)

Dalam hati saya, kenapa kita perlu sangat mengejar kemewahan dunia ini sehinggakan kita berani meninggalkan segala urusan Allah swt? Sedangkan kesederhanaan yang dicari itu sudah cukup bagi saya untuk mangamalkan segala suruhan Allah swt. Bagi saya, cukuplah dengan memiliki keluarga yang baik, isteri yang solehah, anak- anak soleh dan solehah, dan sedikit harta yang boleh menghindari diri daripada syrik kepada Allah swt.Perasaan itu lahir setelah melihat perkara- perkara yang mungkin ingin diutnjukkan oleh Allah swt kepada saya. Tetapi saya tidak tahu, mungkin hari esok hati saya kembali ingin mengejar segala kemewahan dunia  Sama- samalah kita berdoa dihindari daripada tipu daya dunia yang boleh melupakan kita kepada Allah swt.

  • Tuhanku menawarkan aku(nabi Muhammad) untuk menjadikan lembah Mekah seluruhnya emas, maka jawab Nabi Muhammad s.a.w, jangan ya Allah... Aku mahu satu hari lapar dan satu hari kenyang. Apabila aku lapar aku memohon dan mengingati mu, dan apabila aku kenyang aku bersyukur dan bertahmid kepadamu (HR Ahmad dan tirmizi)
Jazakallah...

Monday 5 March 2012

Ferrari F12berlinetta dan seorang Bayi...

Bismillahirahmaanirahim...
Satu ketika dahulu, kuda merupakan satu kenderaan yang tersangat hebat. Ia banyak digunakan untuk pergi kesana- sini kerana dengannya kita boleh bergerak dalam tempoh masa yang sangat singkat. Kuda juga digunakan oleh sesebuah negara untuk dijadikan senjata perang untuk mempertahankan atau menyerang sesebuah negara. Kuda- kuda yang ditunggangi boleh melahirkan rasa gerun kepada pihak musuh. Tentera Monggol dipimpin oleh Hulagu Khan bersama- sama dengn 200 000 ribu tentera dan 2 juta ekor kuda bergerak daripada timur tengah merentasi padang pasir yang panas dan telah menghancurkan Baghdad dalam tempoh masa yang sangat singkat. Antara rahsia kemenangan mereka adalah kuda-kuda mereka. Seorang tentera Mongol mempunyai 10 ekor kuda dan semasa bergerak, mereka akan melompat dari kuda ke kuda untuk mengelak kuda- kuda itu kepenatan dan mereka dapat sampai ke destinasi yang dutujui dalam tempoh masa yang singkat. Namun begitu, zaman keemasan kuda telah sampai ke penghujungnya. Ia digantikan dengan kenderaan- kenderaan yang lebih hebat. Bermulanya penciptaan kereta pertama dunia oleh Karl Benz dan ia diganti- ganti sehingga lahirnya kereta- kereta yang berkuasa tinggi seperti Ferrari.

F12berlinetta

Kilang Ferrari di Italy

Ferrari merupakan suatu jenama yang unggul dan terkenal dalam menghasilkan kereta yang hebat- hebat. Untuk menghasilkan sebuah kereta ferrari, sebuah kilang telah dibina di atas tanah seluas 250 000 meter persegi, 45 buah bangunan dibina di atas tanah tersebut dan seramai 3000 orang pekerja digunakan untuk menghasilkan sesebuah kereta. Kilang itu juga dibahagikan kepada beberapa bangunan dan setiap bangunan mempunyai peranan masing- masing. Antaranya tempat reka cipta dan penyelidikan, pembuatan enjin, pemasangan, penyemburan, ujian aerodinamik dan bermacam- macam lagi. Kesemua ini bergabung disebuah kawasan yang luas dengan teknologi yang sangat tinggi hanya untuk menghasilkan sebuah kereta Ferrari dan kereta terbaru keluaran ferrari adalah F12berlinetta. Kereta ini berkuasa 730 kuasa kuda dan cuba kita bayangkan kereta- kereta kuda yang kita tonton dalam video- video ditarik oleh 730 ekor kuda. Kereta ini boleh mencecah kelajuan sehingga 340 km/jam. Perjalan daripada Kuala Lumpur ke Kelantan hanya mengambil masa 1 jam setengah sahaja. Harga kereta ini tidaklah mahal, hanya RM 1.2 juta sahaja. Kereta ini merupakan antara kereta terhebat masa kini dan orang yang memiliki kereta ini juga merupakan orang yang hebat- hebat.


A380

Salah satu kawasan di dalam A380

Itu dari segi kereta. Cuba kita pergi kepada kenderaan yang lebih besar seperti kapal terbang. Mari kita lihat serba sedikit tentang kapal terbang terbesar masa kini iaitu Airbus 380. Saiz sesebuah kilang untuk menghasilkan A380 tersangat besar dan kilang- kilang tersebut bertempat di German, France, Spain dan United Kingdom. Setiap negara akan menghasilkan komponen- komponen yang berlainan. Sebagai contoh, kilang di UK akan menghasilkan bahagian sayap kapal terbang tersebut, bahagian muncung kapal terbang pula dihasilkan di German dan semua komponen- komponen ini akan diangkut melalui jalan darat dan air untuk digabungkan di France. Kabin kapal terbang ini bersaiz 478 meter persegi dan boleh memuatkan seramai 800 orang penumpang dalam sesuatu masa serta boleh terbang sejauh 15 400 km iaitu dari Hong Kong ke New York tanpa berhenti untuk mengisi minyak dengan kelajuan 900 km/jam. Syarikat Airbus ini juga mempunyai 50 000 orang pekerja semata- mata hanya untuk menghasilkan dan menguruskan sebuah kapal terbang.

Hebat bukan ciptaan manusia ini? Telefon bimbit, komputer, kapal angkasa dan banyak lagi ciptaan- ciptaan manusia yang hebat telah dihasilkan pada abad ini dan diagong- agongkan oleh manusia yang lemah ini. Sedarkah kita bahawa semua ciptaan manusia ini membuktikan kelemahan- kelemahan yang pada diri manusia ini. Kereta dibina kerana kita tidak mampu bergerak dengan pantas...Kapal terbang dibina kerana kita tidak mampu untuk terbang...Telefon bimbit dicipta kerana kita tidak mampu untuk berkomunikasi secara jarak jauh dan banyak lagi... Sedangkan ciptaan- ciptaan Allah swt membukti ia maha hebat, maha agong, maha berkuasa, maha bijaksana dan sebagainya...

Adakah Ferrari lebih cantik daripada kanak- kanak ini?

Keadaan bayi di dalam perut ibu

Buat masa ini, saya sentiasa dikelilingi oleh bayi- bayi yang sangat comel dan saya pun tidak tahu apa yang telah terjadi kepada diri saya kerana makin hari, makin bertambah sayang saya kepada mereka dan hati saya akan selalu mengingati mereka. Mungkinkah naluri kebapaan saya telah bertambah? Atau mungkin sudah tiba masanya saya menamatkan zaman bujang saya? Baiklah, lupakan perihal saya seketika dan kita terus kepada agenda kita iaitu bayi ciptaan Allah swt ini. Sebelum kelahiran mereka ini, Allah swt telah mencantumkan benih daripada seorang ibu dan seorang bapa. Tahukah kita bahawa jika benih- benih ini tidak disenyawakan, benih- benih ini akan keluar bersama- sama dengan darah haid bagi seorang perempuan dan air mani bagi seseorang lelaki. Jika darah haid atau air mani ini terkena pada pakaian kita dengan segera kita akan membasuh pakaian itu kerana kita merasakan cecair itu telah mengotorkan pakaian kita dan tidak keterlaluan jika ada yang merasa jijik dengannya. Tetapi, Allah swt telah menghasilkan seorang bayi yang sgt cantik daripada sesuatu yang kita anggap jijik dan semakin hari bayi- bayi ini akan menjadi makin bernilai dengan bertambahnya iman dihati bayi- bayi tu sedangkan bahan- bahan yang terbaik telah dipilih untuk mengahasilkan kereta Ferrari  F12berlinetta dan harganya akan menurun dengan terhasilnya keluaran- keluaran yang lebih canggih. Apabila dua benih ini bercantum, ia akan membesar di dalam perut ibu yang sangat sempit, gelap dan berair. Cuba kita bayangkan, adakah dapat pekerja- pekerja di kilang Ferrari atau Airbus bekerja dalam keadaan sempit, gelap dan berair?Seperti apa yang saya tulis pada perenggan sebelum ini, mereka memerlukan kawasan yang luas, kilang- kilang diterangi cahaya lampu dan sudah pasti di kawasan yang kering. Sebuah kapal selam yang tugasannya adalah untuk bergerak di laut- laut dalam sekalipun akan dibina diatas darat sedangkan bayi yang akan keluar nanti akan hidup di darat tetapi telah dibesarkan oleh Allah swt didalam air. Allah swt jugak boleh membesarkan beberapa orang bayi di dalam perut ibu malah boleh mencecah belasan bayi. Anak- anak yang keluar nanti ada yang rupanya sama, ada rupanya berlainan dan perangai- perangai mereka juga tidak akan sama sedangkan mereka dibesarkan bersama- sama didalam perut ibu. Hebat bukan?  Dan yang yang paling pasti ciptaan bayi- bayi ini dihasilkan oleh Allah yang satu sahaja sedang manusia memerlukan beribu- ribu orang pekerja hanya untuk menghasilkan satu produk.

Adakah warnanya sama?

Kepada yang tidak menyukai bayi, kita boleh pergi kepada contoh yang lebih mudah. Cuba kita ke halaman rumah kita dan perhatikan betul- betul pada halaman rumah kita itu. Tumpukan kepada satu kawasan berkeluasan 1 meter persegi. Cuba kita lihat berapa jeniskah pokok yang tumbuh dikawasan itu? Jika ada 3 jenis pokok disitu, cuba kita lihat warnanya, adakah sama? Jika warnanya hijau sekalipun warna hijau tersebut pasti tidak sama. Ada yang hijau muda, hijau terang dan hijau kemerahan. Kemudian pokok itu mengahasilkan bunga dan bunga- bunga itu juga tidak sama warnanya. Ada yang bewarna merah, kuning dan biru. Bagaimanakah pokok- pokok itu boleh mengeluarkan bunga yang bewarna cantik dan berlainan warna sedangkan ia tumbuh daripada biji benih yang pudar warnanya dan di kawasan yang sama? Sedangkan kilang- kilang memerlukan beribu- ribu tin cat untuk mengasilkan kereta- kereta yang bewarna- warni. Kemudian apabila pokok itu berbuah, kesemuanya menghasilkan buah yang sangat manis. Apabila kita makan buah daripada pokok yang pertama rasanya manis...Pokok kedua rasanya juga manis tetapi manisnya lain..Pokok ketiga manisnya juga lain..Ada yang cakap manis buah, ada yang cakap manis gula dan macam-macam lagi. Allah swt boleh mengasilkan buah yang manis- manis dan manisnya adalah pelbagai daripada bunga- bunga yang pahit rasanya. Kita mungkin selalu menggunakan perkataan manis tetapi sedarkah kita bahawa Allah swt telah mencipta beribu- ribu jenis rasa manis. Selain daripada manis, Allah swt juga boleh mengasilkan buah yang pedas rasanya, masam, pahit dan sebagainya sedangkan elemen- elemen itu langsung tidak ada pada pokok- pokok itu. Pokok- pokok ini juga boleh memproses karbon dioksida dan mengahasilkan oksigen daripada sehelai daun yang sangat nipis sedang kilang- kilang yang berjuta- juta kali ganda besar daripada saiz daun tersebut diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk manusia.Tadi kita bercakap tentang satu kawasan yang berkeluasan 1 meter persegi. Jika 100 meter persegi, nescaya kita akan merasa lebih kagum dengan ciptaan- ciptaan Allah swt itu. Sebenarnya jika hendak diceritakan tentang kehebatan Allah swt, jika saya diberi umur sehingga 10 000 tahun sekalipun, pasti saya tidak dapat menulis kesemua kehebatan ciptaan- ciptaan Allah swt.

Apa yang saya ingin sampaikan disini, manusia terutamanya umat islam sekarang ini terlalu memuja- muja akan kehebatan ciptaan mereka sendiri sedangkan mereka langsung tidak memuji setiap benda ciptaan Allah swt yang jauh lebih hebat daripada setiap ciptaan manusia. Allah swt suka akan makhluknya yang suka memuji- muji akan kehebatan ciptaan Allah swt dan apabila Allah swt suka pada kita, insyaallah segala permohonan kita ditunaikan. Tetapi apabila umat islam selalu memuja akan kehabatn- kehebatan dunia, Allah swt akan menarik keluar semua kehebatan yang ada dalam diri setiap umat islam!!! Jadi janganlah kita terlalu memuji- muji setiap ciptaan manusia kerana kita tahu dan sedar ciptaan manakah yang paling berhak untuk dipuji...

Jazakallah...